CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

jum kita tengok sapa yang kena?

website-hit-counters.com
Website counter from www.website-hit-counters.com .

Wednesday, May 6, 2009

lagenda sarawak

sik tauk la bena sik...
tuk kisah orang tua-tua...
orang tua2 madah Puteri Santubong dan sejinjang adalah puteri Orang BUnian....
hmmmm....
ntahlah....

al kisahnya....tersebut la kisah....
pada suatu masa dahulu kala.... terdapat dua orang puteri yang dipercayai berasal dari kayangan telah diturunkan ke dunia oleh Sang Dewa....
kedua-duanya dikenali sebagai Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang....

pada asalnya, hanya puteri Sejinjang sahaja yang diturunkan ke Bumi...hal ini kerana Sang Dewa ingin memberi pengajaran kepada Puteri Sejinjang yang angkuh dan sombong itu....
namun demikian, Puteri Santubong telah memohon kepada Sang Dewa untuk diturunkan ke dunia supaya dapat menemani Puteri Sejinjang....
betapa kasihnya Puteri santubong kepada Puteri sejinjang...
namun....perkara tersebut telah disalah ertikan oleh Puteri Sejinjang yang menganggap Puteri Santubong cuba untuk merampas kekuasaannya di dunia.

arakian...
setelah sampai kedua dan berjumpa dengan Puteri Sejinjang, Puteri Santubong mendapat layanan yang tidak baik daripada Puteri Sejinjang...
puteri Santubong telah dihalau keluar dari istana Puteri Sejinjang....
sehinggalah Puteri Santubong membawa diri ke kaki gunung yang kini telah dikenali sebagai Gunung Santubong.....

selang beberapa purnama....
Puteri Santubong telah berjaya meluaskan kekuasaaannya di Gunung Santubong berkat pertolongan Sang Dewa....
namun persengketaan di antara kedua-dua puteri masih lagi berlarutan...

tersebutlah kisah, pada suatu hari.... salah seorang keturunan datuk merpati jepang telah bertafakur menuntut ilmu bagi mendalamai ilmu kebatinan....
paras rupanya dikatakan amatlah menarik dan mampu mencairkan jiwa...
suatu hari, semasa Puteri Santubong hendak mandi di suak....baginda telah menitahkan hulubalangnya untuk memeriksa sekiranya ada malapetaka yang menghalang perjalanan baginda.... namun demikian, hulubalangnya menyatakan bahawa terdapat seorang manusia yang sedang menghalang perjalanan Puteri Santubong....
setelah mendengar perkhabaran tersebut, baginda telah pergi melihat siapakah gerang pemuda yang berani menceroboh tanah jajahan baginda...
namun....baginda hanya tersenyum dan menitahkan hulubalangnya untuk menjaga manusia tersebut sehingga selesai urusan pertapaan manusia tersebut...

apabila diketahui oleh Puteri Sejinjang mengenai peristiwa tersebut,baginda murka dan menitahkan hulubalangnya menyiasat perkara tersebut.....
setelah mengetahuinya...
baginda menitahkan hulubalangnya memindahkan pemuda tersebut ke Gunung Sejinjang....
namun....tidak berjaya kerana Puteri Santubong telah berjaya menghalang cubaanya.

dipendekkan cerita....
puteri santubong telah jatuh hati terhadap pemuda berkenaan dan telah berkahwin...
hal ini kerana kerajaannya tidak mempunyai Raja yang membimbing rakyat2nya....


hatta....tersebut la pula kisah tentang Putera Murud yang telah bermimpi bertemu dengan seorang puteri yang baik rupa parasnya....
dengan keizinan daripada sang Dewa, maka turunlah Putera Murut ke dunia demi mencari puteri tersebut.....

namun....baginda telah berjumpa dengan puteri Sejinjang dan telah dibawa ke istana....
disebabkan tergoda dengan paras rupa Putera Murud, Puteri Sejinjang telah memutuskan untuk berkahwin dengan putera murud....

semasa majlis tersebut, baginda telah menjemput Puteri santubong dan suaminya ke istana...
namun...setelah terpandang wajah Puteri Santubong, Putera Murud telah berubah hati dan murka terhadap Puteri Sejinjang kerana telah menipunya.....

tanpa berfikr, Putera Murud telah merampas Puteri Santubong daripada suaminya....namun tidak berjaya....

malangnya...Putera murud telah mati terkena tikaman Puteri Sejinjang yang asalnya ingin membunuh puteri Santubong....

akibat peristiwa itu, berlaku pertumpahan darah....

dan murkalah Sang dewa lalu menyumpah Puteri Santubong menjadi gunung yang "tebik" sebelah akibat terkena "aluk" Puteri Sejinjang, manakala Puteri sejinjang telah menjadi gunung dengan sebahagian daripada kepalanya telah bertaburan menjadi pulau kera kerana terkena kayu tenunan Puteri Santubong... manakala Putera Murud turut menjadi gunun Murud...


begitulah kisahnya....wallahualam...

0 comments: